Rabu, 13 Februari 2013

TENTANG BEKAM

SOALAN-SOALAN TENTANG BEKAM
 
1)Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian gula penyakit kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru.Semua alatan bekam kami akan melaui proses STERIL selama 15min menggunakan UV STERILIZER sebelum proses berbekam dijalankan.

3) Apakah tarikh yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17,19 dan 21hb kalendar islam,sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong dan tidak digalakkan berbekam dalam keadaan kenyang.

4) Individu manakah yang tidak digalakkan berbekam darah ?
Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius,wanita haid dan juga wanita yang mengandung.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya berbanding bekam angin.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah.

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit klinikal/gangguan jin anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan untuk tidak makan dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam.

10) Bolehkah berbekam pada hari RABU ?
Boleh,jika pada hari tersebut jatuhnya tarikh mustajab berbekam (17/19/21 kalendar islam) ataupun pada hari tersebut juga anda sedang sakit dan perlukan rawatan bekam dengan kadar segera.Tiada dalil/nas sahih larangan berbekam pada hari Rabu.

11) Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia ?

1) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

2) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

3) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

 




Amalan berbekam mengikut kajian moden mampu menurunkan gula berlebihan dalam saluran darah.Di Malaysia ini purata pengidap penyakit diabetes adalah dikalangan umur 40an dek kerana pankreas mereka mengalami kehausan dalam penghasilan insulin akibat dikerah bekerja keras dalam jangkamasa yang panjang setiap hari.Kenapa pankreas boleh haus ? Apabila kita kerap mengambil makanan bergula dan nasi secara rutin harian,secara tak langsung gula dalam saluran darah agak tinggi dan pankreas dalam masa 24jam tidak berhenti dalam proses pengeluaran insulin.Bila kita konsisten menjalani rawatan bekam sebulan sekali,gula dalam saluran darah secara tak langsung berkurangan dan pankreas hanya bekerja 12jam sehari dan bukannya 24jam seperti yang lepas-lepas dan ini secara tak langsung dapat mencegah kita dari terkena penyakit kencing manis/diabetes atau kata lainnya simptom kehausan pankreas menghasilkan insulin...

MENGAPA TIDAK DIGALAKKAN BERBEKAM KETIKA PERUT KENYANG ?

 


Apabila kita sedang kekenyangan,semua organ sistem penghadaman kita tengah bekerja keras,jadi apabila proses bekam dijalankan,semua toksid/darah kotor yang keluar dari berbekam hanya mewakili toksid/darah kotor pada bahagian perut/organ sistem panghadaman sahaja dan ia sama sekali tidak mewakili darah kotor/toksid keseluruhan badan.

 

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MAMPU MENGHINDARI KANDUNGAN URIC ACID YANG TINGGI PADA SENDI BADAN


 


Kandungan uric acid tinggi pada sendi badan adalah akibat dari pemakanan yang bersumberkan makanan laut seperti sotong/udang/ketam dengan kekerapan dan kuantiti yang tinggi.Bila kandungan uric acid menjadi terlalu tinggi akan menyebabkan bengkak pada sendi dan terasa seperti kaca mencucuk dengan kesakitan yang amat sangat.Amalan berbekam sebulan sekali mampu mengeluarkan darah kotor bersama uric acid semasa proses berbekam dijalankan,insyaAllah anda dihindari dari penyakit Gout dan juga Artritis.



Alhamdulillah ramai pengidap penyakit darah tinggi mulai pulih dan tidak lagi mengambil ubatan moden setelah berbekam secara konsisten sebulan sekali.Penyakit darah tinggi perlu rawatan bekam yang konsisten kerana jika dibiarkan kita akan terdedah pada serangan jantung,strok dan kerosakan buah pinggang.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

 


1) Bilik bekam yang bersuhu panas lebih baik dari bilik bekam yang bersuhu sejuk kerana pengeluaran darah kotor bekam adalah maksimum.

2) Teknik urutan pada titik yang ingin dibekam juga mampu melancarkan pengeluaran darah kotor bekam.

3) Waktu berbekam ketika pertengahan bulan islam/bulan mengambang penuh amat baik kerana darah kotor membuak naik dipermukaan kulit,secara tak langsung banyak darah kotor dikeluarkan semasa proses berbekam.

4) Berbekam ketika perut sedang kosong adalah lebih baik kerana darah toksid yang keluar agak banyak kerana darah kotor tersebut mewakili keseluruhan toksid badan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A

 



 

Anda disyorkan berbekam sebulan sekali dikawasan pinggang kerana banyak khasiatnya :-

1) Memulihkan masalah lenguh/sakit pinggang.

2) Meningkatkan nafsu syahwat.

3) Memulihkan masalah senggugut.

4) Meningkatkan kesuburan.

5) Mencegah dari terkena sakit buah pinggang kerana apabila berbekam tekanan darah dikawasan buah pinggang menjadi stabil dan segala toksid tiada lagi pada saluran darah.

6) Menawarkan masalah sihir rumahtangga/tafriq.

 

 



 

Ada 4 panduan utama yang diamalkan Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan sehingga 63 tahun hayat beliau hanya demam/jatuh sakit beberapa kali sahaja..

1) Pencegahahan penyakit dengan senaman. Rasulullah SAW selalu melakukan senaman seperti aktiviti berenang,memanah,menunggang kuda dan bergusti untuk menjaga kesihatan beliau supaya sistem organ tubuh beliau sentiasa mantap dan sihat.

2) Tidak mengambil mskananan beracun/haram. Pemilihan makanan yang tidak mengandungi unsur racun dan kandungan merbahaya serta 100% halal amatlah penting,tidak seperti umat islam sekarang yang suka mengambil sumber yang ada unsur-unsur toksid/racun seperti tabiat merokok dan sebagainya.

3) Mengambil makanan yang bergizi dan berkhasiat. Rasulullah SAW kerap mengambil makanan yang berkhasiat dan berkualiti tinggi dalam kesihatan seperti telur,madu,kambing,daging,ayam,susu,kurma,buah tin,minyak zaitun dalam rutin makanan seharisn beliau.

4) Membuang toksid/racun dari badan dengan Al Hijamah. Rasulullah SAW berbekam sebulan sekali iaitu pada tanggal 17/19/21 kalendar islam,dengan amalan berbekam menjadikan tubuh beliau semakin sihat,ringan dsan kuat untuk beliau sentiasa aktif dalam segala aktiviti dakwah/berperang dengan musuh.

 

 

 


 



Bagi mereka diluarsana yang menghidapi masalah kulit muka berjerawat dan juga masalah resdung,anda disyorkan berbekam sebulan sekali dikawasan muka dan juka kawasan tengkuk,insyaAllah jerawat anda akan menyusut dan muka pun tidak gatal-gatal lagi akibat masalah resdung..



Bagi mereka diluar sana yang mempunyai masalah mata seperti rabun jauh,rabun dekat,katarak dan sebagainya,anda disyorkan berbekam sebulan sekali dibahagian pelipis mata,dalam 3 kali sesi berbekam insyaAllah segala penyakit mata anda pulih.



Darah yang dikeluarkan melalui proses berbekam ialah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,gula,lemak,racun dan juga gangguan jin.Darah kotor mendiami di bawah eperdemis kulit,tusukan jarum/sayatan pisau bekam hanya menyentuh kedalaman eperdemis kulit sahaja,anda tidak perlulah risau kerana semua darah yang keluar dari proses berbekam hanyalah darah kotor 100%.



Dalam hadis sahih ada menyebut jin/syaitan bergerak dalam badan manusia mengikut aliran darah manusia.Jin pengganggu memang suka situasi yang kotor seperti darah kotor manusia,jadi bagi mereka yang menghidapi masalah gangguan jin,dengan kaedah berbekam insyaAllah gangguan jin anda berkurangan sebanyak 60% kerana darah kotor keluar dari badan semasa berbekam.Seperti yang saya nyatakan dahulu darah bekam yang ada unsur gangguan jin bentuknya bertali.Jadi jin pengganggu akan semakin lemah dan kehilangan tapak pada badan manusia.


Dalil Tarikh Berbekam

Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda,

"Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit."
(Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)


Dari Ibnu Abbas R.A, ia berkata,

"Rasulullah S.A.W bersabda, "Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kamu."

(Kitab Kasyful Astaar ‘anZawaa-idil Bazar, karyaal-Haitsami)


Catatan :


Al-Khallal berkata,

 "Aku diberitahu Ishmah bin Isham, dia berkata, Aku diberitahu Hambal, dia berkata, "Abu Abdullah Ahmad bin Hambal biasa melakukan bekam pada bila-bila masa ketika darah tidak normal dan tidak kira waktunya." Dari beberapa hadith di atas dapat disimpulkan bahawa Nabi S.A.W biasa melakukan bekam ketika sakit, tanpa harus melihat bila waktunya, tanpa perlu menunggu hingga tiba waktu tertentu.

Waktu Bekam

Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan-bulan ISLAM kerana ketika ini, darah yang kotor dan mengandungi toksik  akan berhimpun di bawah kulit kita ketika waktu itu. Bagaimanapun, berbekam juga boleh dilakukan pada bila-bila masa bagi bertujuan mengubati penyakit yang kita alami kita itu..

Bagi mereka yang hendak berbekam, mereka dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Jenis bekam

Bekam kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari. kebiasaanya bekam kering amatlah mudah diserang penyakit yang kita alami.

Bekam basah

 Bekam ini amatlah digalakkan kerana bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam(kaedah moden) atau pisau(kaedah zaman dahulu/tradisional dan sekarang juga masih digunakan lagi). Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama 2 jam SEBELUM DAN SELEPAS berbekam.



KENAPA BEKAM?

Pada malam aku diisra'kan,aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)."
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia."

"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT." (HR. Muslim)

"Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." (HR. Abu Daud) Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara: Pertama, meminum madu. Kedua, dengan berbekam. Ketiga, dengan besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.

"Sesungguhnya pada bekam itu mengandungi penyembuhan"

"Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"

Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:
"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".
Dalam hadis lain diceritakan:
"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia"


"Selama Aku berjalan pada malam Isra Mi'raj bersama para Malaikat,mereka selalu berkata "Wahai Muhammad,suruhlah umatmu melakukan bekam".

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."